Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Standard
Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Pelembang Timur Sumatera iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada 1400. Palembang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya. Palembang juga pernah menjadi negara di bawah kekuasaan Majapahit. Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit. Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas diserang Majapahit. Parameswara telah lari ke Temasik.Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit, Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke Temasik (Singapura).

Teknik PnP Sejarah Berkesan

Standard

Antara cabaran yang dihadapi sebagai guru sejarah ialah pelajar tidak berminat dan persepsi pelajar terhadap subjek sejarah tidak penting berbanding dengan subjek lain seperti Sains dan Matematik.Subjek Sejarah bagi mereka membosankan kerana perlu banyak menghafal ,banyak berlegar tentang tarikh dan peristiwa lampau yang tiada kena-mengena dengan mereka.Berikut adalah antara strategi P&P yang dipraktikkan dalam kelas untuk menarik minat pelajar:

1.Permudahkan subjek Sejarah kepada pelajar

Mempelajari sejarah ibarat mengkaji sebuah novel atau filem.Penulisan buku teks sejarah adalah secara kronologi dan mengikut urutan masa.Misalnya pembelajaran topik Tingkatan 3 bermula dengan pendudukan Jepun pada tahun 1941 dan berakhir dengan peristiwa penyingkiran Singapura pada tahun 1965.Perincikan juga kepada pelajar format penyoalan sejarah PMR seperti pecahan soalan mengikut tingkatan dan bab.Ini memberi gambaran kepada mereka apa yang sepatutnya perlu diberi penekanan untuk lulus dan juga “Skor A”.

2.Sejarah adalah “Kisah Benar”

Guru perlu sentiasa menyedarkan pelajar bahawa apa yang dipelajari adalah sesuatu yang benar-benar berlaku di Negara kita.Sematkan kepada pelajar sejarah adalah kita,bangsa kita,agama kita dan tanah air kita.Sebagai contohnya,kekejaman Jepun dan Komunis benar-benar berlaku dan mungkin melibatkan saudara mara mereka yang terdahulu.Penekanan ini perlu supaya pelajar mempunyai “roh sejarah”.

3.”Sejarah Pasti Berulang”

Kaitkan peristiwa sejarah dengan fenomena semasa yang lebih jelas dan dekat dengan pelajar.Misalnya:

i.Tajuk “Kemusnahan akibat perang Jepun-British” boleh digambarkan melalui keadaan Negara-negara yang sedang bergolak pada masa kini seperti Palestin dan Iraq.

ii.Tajuk “Faktor Kegemilangan Melaka” boleh dikaitkan faktor kemajuan Malaysia pada hari ini

4.Perincikan sesetengah fakta Sejarah

Supaya pelajar mengetahui sesuatu yang baru sekaligus menarik minat pelajar. Sebagai contohnya dalam Bab 1 Tingkatan 3 kita perlu ceritakan kepada pelajar apa yang dimaksudkan dengan industri kreatif seperti kasut daripada getah keping,rokok daun dan kain daripada benang nanas.Jika sekadar menyatakan fakta sejarah tanpa penerangan akan menyebabkan pelajar bosan dan tidak memenuhi perasaan ingin tahu mereka.

5.Memaksimumkan penggunaan buku teks.

Terokailah setiap inci buku teks Sejarah bersama-sama pelajar.Setiap soalan adalah berdasarkan buku teks.Buku teks juga mampu menarik minat pelajar kerana banyak fakta disampaikan dalam bentuk gambar,jadual dan graf.Jadikan sumber lain seperti modul sebagai bahan sokongan.

6.Pelajar mencipta soalan bukan sekadar menjawab soalan.

Lazimnya setiap kali selesai P&P guru akan membekalkan soalan latihan kepada pelajar.Sebagai kelainan guru juga boleh memberikan “jawapan” kepada pelajar dan minta mereka menyediakan soalan untuk jawapan tersebut.Kaedah amat berkesan untuk pelajar potensi lulus. Demikian antara amalan yang dipraktikkan dalam P&P.Mungkin kesesuaiannya bergantung kepada sekolah dan pelajar masing-masing.Namun apa yang pasti guru sejarah perlu berminat dengan subjek yang diajarnya.Apa yang paling penting”Guru Mesti Belajar” dan barulah”Guru Mengajar,Murid Belajar”.

Zaman Pra Sejarah

Standard


Image

ZAMAN PRASEJARAH

Zaman perkembangan prasejarah dunia terbahagi kepada empat peringkat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Tempoh bagi sesuatu zaman itu bergantung kepada tahap kemajuan masyarakat pada zaman itu. Sekiranya masyarakat itu mencapai kemajuan yang cepat maka zaman mereka akan singkat manakala kemunduran masyarakat panjang maka zaman mereka akan lebih panjang.

Zaman Mesolitik tidak terdapat diMalaysiaseperti yang dibuktikan oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia. Perkara ini berlaku adalah kerana alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.

Zaman Prasejarah Di Malaysia

Zaman Prasejarah di Malaysia hanya terbahagi kepada tiga zaman iaitu:

  1. Zaman Paleolitik
  2. Zaman Neolitik
  3. Zaman Logam
Laman ini menyediakan:

Nota Zaman Prasejarah

Teknik Belajar Cemerlang Sejarah